DI PAWAGAM 21 JUN 2012
Wednesday, July 17, 2013
PENGENALAN
Brave (Berani, sebelumnya The Bear and the Bow, Beruang dan Busur) ialah suatu filem pengembaraan fantasi animasi komputer 3D Amerika Syarikat 2012 diterbitkan oleh Pixar Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures. Filem ini dikarang oleh Mark Andrews, Steve Purcell,Brenda Chapman dan Irene Mecchi, diarah oleh Andrews dan Chapman dan ko-pengarahnya ialah Purcell. Pelakon suara filem ini termasuk suaraKelly Macdonald, Julie Walters, Billy Connolly, Emma Thompson, Kevin McKidd, Craig Ferguson, Robbie Coltrane dan John Ratzenberger. Untuk membuat visual paling kompleks berkemungkinan, Pixar sepenuhnya menulis semula sistem animasi mereka untuk kali pertama dalam 25 tahun. Brave, seorang pemanah mahir bernama Merida melanggar adat berzaman lama, menyebabkan kekacauan di kerajaannya. Selepas dibantu oleh seorang wanita tua, keluarganya disumpah dan Merida terpaksa menghapuskan sumpahan itu diri sendiri sebelum terlalu lambat. Brave ditayang perdana pada 10 Jun 2012 di Pesta Filem Antarabangsa Seattle, dikeluarkan pada 22 Jun 2012 di Amerika Utara, pada 21 Jun 2012 di Malaysia, dan pada 8 Ogos 2012 di Singapura.
Tuesday, July 16, 2013
SINOPSIS
- Filem Brave mengisahkan Merida seorang pemanah yang handal dari DunBroch, sebuah wilayah di Scotland.
- Dia puteri kepada pasangan Raja Fergus dan Permaisuri Elinor. Merida sebenarnya bukanlah seorang puteri yang cantik, malah berperwatakan kasar.
- Merida juga seorang yang berani, lasak, agresif, degil dan jarang mendengar kata. Sifat itu wujud sejak dia masih kecil, hasil didikan ayahandanya, Raja Fergus yang menjadi orang pertama mengajarnya memanah.
- Pada ulang tahun hari jadinya, Fergus menghadiahkan Merida menghadiahkan busar dan anak panah. Ketika pergi berburu, keluarga Merida diserang oleh seekor beruang purba.
- Dalam pergelutan itu, ayahnya, Fergus hilang kaki kanan apabila dibaham oleh beruang ganas itu.
- Apabila dewasa ayahanda Merida mahu dia menjadi seorang anak perempuan yang berani, ibunya pula mahu dia menjadi puteri sejati yang tampak sempurna di depan putera raja. Pelbagai peraturan dikenakan kepada puteri sulungnya itu dan Elinor turut menentukan jodoh Merida.
- Suatu hari, Lords Macintosh, MacGuffin dan Dingwall memperkenalkan anak mereka untuk lawan memanah dengan Merida. Siapa yang menang akan dijodohkan dengan Merida.
- Dalam pertarungan itu, anak Lord Dingwall menang secara tidak sengaja.
- Tidak bersetuju dengan keputusan itu, Merida nekad menentang hasrat Elinor sehingga berlaku perselisihan faham yang menyebabkan Elinor membakar panah pemberian Fergus.
- Seterusnya Merida lari meninggalkan istana dan tanpa diduga tindakannya itu membawa masalah besar dalam keluarganya, sekali gus mengancam nyawa ibunya yang terkena sumpahan ahli sihir dek perbuatan Merida yang terlalu mengikut kata hati. Secara tidak sengaja, ibunya bertukar menjadi seekor beruang.
- Fergus pula menyangka Elinor mati dibunuh.
- Akibat sumpahan itu, Merida terpaksa menjaga ibunya dan hubungan mereka menjadi semakin rapat. Pada satu keadaan, dia terpaksa melindungi ibunya daripada dibunuh oleh Fergus yang tidak mempercayai beruang itu adalah isterinya, Elinor.
Subscribe to:
Posts (Atom)




